Archive for September 2023

Hijrah.

September 9, 2023

Kembali lagi aku ini di tapak tulisan diri. Banyak yang dah berubah rasanya tapi masih juga ada yang lama tidak berubah. Aku dalam satu sisi rasanya sudah banyak berubah. Satu penghijrahan yang aku harus juga syukuri kerana ianya berlaku dalam usia yang sepatutnya. Sudah agak puas meraikan hidup. Kini masanya untuk mensyukuri kehidupan dengan amal dan perbuatan yang lebih baik rasanya.