Kenang Ingatan Manis Untuk Orang Perjuangan ( Untuk projek bulan kemerdekaan Baca Press).

November 10, 2017

Menyambut bulan kemerdekaan negara, tidak boleh tidak akan datang patriotik melulu rasa cinta diri kepada negara ini. Ianya pada diri aku bukan sekadar untuk negara Malaysia ini semata sebenarnya. Bahkan kepada negara-negara di gugusan Melayu Nusantara ini. Baik Singapura,Indonesia dan Malaysia itu sendiri, semuanya meraikan hari kemerdekaan mereka pada bulan Ogos setiap tahun. Jadi bukan pelik untuk diri aku berkongsi semangat hari ulang tahun bagi negara-negara jiran yang dulunya adalah jajah takluk kepulauan nusantara Melayu yang megah. Ianya juga buat diri ini adalah sedikit kenang-kenangan untuk gagasan Melayu Raya/Indonesia Raya yang pernah aku baca dan membuat sikap untuk menyokong perjuangannya di buku-buku sejarah yang pernah dibaca dahulu.

Kemerdekaan bagi aku ialah mengingati kembali jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan itu baik dari sisi kiri mahupun kanan perjuangan tuntutan kemerdekaan itu. Tuntutan kemerdekaan yang pertama kali dijeritkan semangatnya di Tanah Melayu oleh PKMM dibawah Ahmad Boestamam dan Musa Ahmad di Ipoh,Perak (Negeri Perak juga melahirkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhamad yang merupakan gerakan politik Melayu pertama di Tanah Melayu yang bicaranya adalah kepada kemerdekaan Tanah Melayu) sebelum UMNO wujud di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dalam bahang menolak Malayan Union tajaan British yang kembali selepas perang dunia kedua. Antara balah-balah politik kiri dan kanan sudahnya British memilih untuk berbincang dengan UMNO yang kanan, masih ada tolak ansur dengan pihak British dan praktikal sikapnya jika mahu dibandingkan dengan golongan politik kiri yang menolak British sehabisnya dan terlalu kuat dipengaruhi oleh perjuangan Sukarno di Indonesia dan rapat berhubung dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan pada waktu itu.

Gerakan politik kiri Melayu dan perjuangan mengangkat senjata pihak Parti Komunis Malaysia (PKM) dari dalam hutan Malaya itu ada beza yang jelas. Antara pertembungan politik biasa golongan kiri dan perjuangan dengan cara mengangkat senjata pihak komunis, pihak penjajah British memberi anggapan mudah bahawa setiap penentangan dari golongan kiri itu pastinya akan dipengaruhi oleh agenda-agenda komunis, sama ada ianya dari pengaruh Sukarno di Indonesia ataupun pihak PKM itu sendiri. Jawapan pihak British kepada penentangan golongan politik kiri ialah Pengisytiharaan Darurat yang telah membungkus habis perjuangan progresif golongan politik kiri kepartian ke dalam kem-kem tahanan politik sementara pihak PKM bersembunyi di dalam hutan tebal Malaya untuk perjuangan bersenjata Ala-Guerilla mereka.

Yang seringkali tersisih dari kenang jasa perjuangan kemerdekaan negara ini rasanya adalah tokoh-tokoh sastera dan akhbar yang menjadi penyambung lidah kepada tuntutan kemerdekaan para pemimpin politik kepada rakyat marhaen yang merata di seluruh negara. Angkatan Sasterawan 1950 (Asas 50) adalah kesatuan sasterawan-sasterawan Melayu yang menjadikan karya-karya sastera mereka sebagai suara perjuangan tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Utusan Melayu dan Warta Malaya pula menjadi akhbar penyambung lidah tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan golongan sastera dan akhbar sepatutnya diberikan tempat yang lebih baik dalam mengenang kemerdekaan negara ini .

Utusan Melayu dipimpin oleh Yusuf Ishak (Presiden Melayu Pertama Singapura selepas dipecat dari Utusan Melayu yang dia bina sendiri dengan peluh dan air matanya untuk sebuah surat khabar Melayu jati pertama di Singapura/Tanah Melayu) dan A.Samad Ismail yang adalah tokoh surat khabar penting yang menjadi penyambung lidah bicara tuntutan kemerdekaan yang paling digeruni oleh penjajah British di waktu itu. Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Kamaluddin Muhamad (Keris Mas), Abdul Wahab Muhamad ( Awam-il Sarkam) dan Usman Awang adalah wartawan/sasterawan/ahli politik yang bernaung lindung di bawah bumbung Utusan Melayu yang dianggap sebagai sebuah institusi besar buat meniup semangat kebangsaan dan menyokong tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu. Sementara itu Akhbar Warta Malaya yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Dato’ Onn Jaafar di Singapura turut sama melaungkan semboyan tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan tuntutan kemerdekaan di waktu itu memang kuat bergantung kepada akhbar, wartawan dan sasterawan yang juga ambil peduli dengan nadi denyut rakyat ramai yang mahukan kemerdekaan buat Tanah Melayu dari penjajahan British.

Kemerdekaan sesuatu negara itu takkan bererti tanpa perlembagaan buat negara tersebut. Samaada cadangan Perlembagaan Federation yang disusun oleh kerjaaan kolonial British, Raja-Raja Melayu dan UMNO yang kemudiannya dipersetujui oleh pihak British ataupun Perlembagaan Rakyat yang dibawa oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All Malaya Council Of Joint Action (Putera-AMCJA) yang telah ditolak oleh penjajah British. Hasil dari pilihan Perlembagaan Federation itu dapat dilihat sampai ke hari ini dari segi hubungan antara kaum di antara warga negara. Dasar pecah perintah pihak kerajaan yang mewarisi dasar tersebut dari pihak penjajah British.

Bersurah panjang tentang hal-hal perjuangan kemerdekaan tanah Melayu (belum lagi tentang gagasan Malaysia yang dulunya cukup berkontroversi) setelah 60 tahun kemerdekaan bagai terasa seperti manusia yang tak hidup di zaman semasa. Di mana negara Malaysia ini sudah berjaya mengecap kemajuan mengikut acuan para pemimpinnya yang datang dan pergi? Dari negara berasasaskan pertanian kepada negara berasaskan industri sebelum melangkah mahu menuju ke arah negeri maju. Daripada sebuah negara berasaskan getah dan bijih timah.

Tetapi di satu sisi lain pula hal-hal sejarah perjuangan kemerdekaan itu dari segenap sisi perjuangan itu membentuk pendirian dan sikap diri yang dipegang kuat oleh diri ini. Mungkin sahaja kita akan mengecapi potensi negara yang lebih baik seandainya gerakan politik kiri dan sastera yang progresif dapat menyumbang sama banyak dalam membangunkan negara ini selepas kemerdekaan negara ini dicapai. Bahawa negara ini mungkin sahaja mampu mengecap kemerdekaan yang lebih gemilang dan bermakna untuk kita ingati dalam hidup kita di dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Jalan-jalanan sejarah pembentukan sebuah negara merdeka yang berliku dan dan banyak sisi pandangnya itu sudah ditempuh oleh yang terdahulu daripada kita. Kini kita adalah pewaris yang diamanahkan untuk meneruskan legasi bagi negara Malaysia tercinta ini. Memandang ke hadapan yang penuh dengan manis janji kemajuan dan kemodenan untuk negara ini , tidak manis rasanya tidak mengingati dan menghargai segala perit maung perjuangan orang-orang terdahulu yang menjadikan mungkin lahirnya negara bertuah yang kita diami ini. Kenang ingatan mesra buat mereka yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia yang satu ini lebih awal dan payah daripada kita kini yang hitung kiranya tentang untung semata atas segala warisan yang ditinggalkan oleh mereka.

Advertisements

Cubit Rasa Tapai.

Ogos 27, 2017

Antara sebab utama membeli majalah bulanan Off The Edge yang telah terkubur itu dahulu adalah untuk membaca catatan Hishamudin Rais dalam kolum Tapai beliau. Hisham berkelana puluh tahun di rantau orang atas nama pemimpin pelajar di Universiti Malaya tahun 1974 yang lari dari buruan pemerintah yang telah menahan aktivis-aktivis pelajar dek kerana bahangnya demonstrasi menyokong perjuangan petani di Baling,Kedah . Kumpul pengalaman kehidupan dari realiti kehidupan itu sendiri. Antara pengalaman yang banyak dikutipnya adalah pengalaman memasak dan menjamah makanan-makanan eksotik tempatan di tempat-tempat yang beliau kunjungi tatkala menjadi pelarian politik itu. Dari Melbourne,Brussel,India sampai akhinya dia lama menginap di kota London bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran Indonesia di kota London.

 

Buku Tapai ini persis sahaja program jalan-jalan cari makan yang kita tonton di kaca TV setiap hujung minggu kita. Tapi bila  ianya ditulis oleh Hishamudin Rais jadi kembara untuk jalan cari makanan itu pastinya bukan kembara di kafe burgeois di Taman Tun Dr.Ismail ataupun di jajahan Bangsar yang meriah dengan kewujudan kafe-kafe untuk golongan kelas pertengahan dan atasan semata.Ianya kembara mencari tempat makan yang kadangkala kita sendiri berasa ragu untuk menempuh pengalamannya.Sepertimana kata motto Hisham di dalam buku ini : “Ditanggung sendiri”.

 

Tapai,petai,laksa,Ikan sungai, gulai itik,satay,sushi adalah sebahagian daripada kandungan buku ini.Cara penulisannya penuh humor gelap, tak tapis-tapis bahasa, kritikan sosial dan budaya setempat menjadikan buku ini unik untuk dibaca bukan sahaja untuk yang mahu mencuba makanan-makanan menarik yang ada di dalam negara ini bahkan untuk mengenal uniknya kepelbagaian manusia di dalam tempat-tempat yang telah dikunjungi ini.

 

Hisham membawa kita ke  Ebrahim Cafe di Jalan Pudu 14 yang mana pelanggan gerai itu adalah majmuk masyarakat Malaysia yang ada hari ini.Daripada pekerja wanita di rumah merah yang memang banyak wujudnya di sekitar Jalan Pudu.Pekerja-pekerja pembinaan asing yang baru pulang kerja dan mat-mat rempit yang mencuci mata setelah merambu malam di Dataran Merdeka.Mat-mat bule dan Mat Afrika yang mencari teman hilang sunyi mereka di Kuala Lumpur. Semuanya berkumpul secara harmoni untuk urusan makan minum isi perut kosong di gerai Ebrahem yang berada di Jalan Pudu 14.

 

Di dalam Tapai, Hisham juga mengulas tentang budaya keraian di dalam masyarakat melayu.Budaya kenduri kahwin  masyarakat melayu kampung dahulu yang berlangsung setelah musim menuai padi selesai.Seisi kampung akan sibuk untuk dengan majlis rewang bagi menjayakan kenduri kahwin.Ianya perayaan di sesebuah kampung sepertimana mereka menyambut kedatangan Hari Raya.

 

Budaya dan semangat itu kini semakin terhakis dengan terjadinya perpindahan masyarakat melayu dari kampung ke bandar. Ianya bukan setakat perpindahan manusia kampung ke bandar semata bahkan ianya adalah kehilangan jati diri melayu kampung mereka.Hilang semangat rewang di kalangan masyarakat melayu di bandar tatkala mengadakan majlis perkahwinan bila segalanya diserahkan bulat-bulat kepada catering yang akan menguruskan hal-hal makan minum di dalam majlis perkahwinan tersebut.Keunikan dan keaslian masakan melayu juga hilang bila yang menguruskan hal makan minum majlis kenduri itu kini misinya cuma untuk mencari untung perniagaan semata.Maka masakan yang dihidangkan adalah sembrono asal boleh dan asal ada sahaja untuk tetamu yang hadir.Maka terhidanglah nasi minyak atau nasi putih ,ayam masak merah isi keras,gulai daging liat sejuk,udang masak merah tak buang kulit dan tahinya. (kalau pada Hisham lauk kenduri perkahwinan ini harus lauk-lauk panas kecuali rendang ayam ataupun rendang daging yang boleh dikecualikan).Kenduri perkahwinan melayu di bandar kini  juga sudah terlalu jarang disudahi dengan Bunga Telur yang kini digantikan dengan coklat dan gula-gula sebagai ucap terima kasih kepada tetamu yang hadir ke kenduri perkahwinan itu.

 

Ada kisah tentang daun ketum yang diproses menjadi air ketum yang bukan minuman asing bagi orang-orang di negeri Kedah,Kari kepala ikan merah yang dimasak oleh tukang masak berbangsa Cina di Sentul, Sambutan hari krismas Hisham di Bangladesh, Gerai laksa di Kuala Muda,Kedah yang disapa oleh ganas  ombak Tsunami pada tahun 2004, Gerai Minong Selero di Sentul yang menghidangkan masakan melayu untuk pekerja-pekerja pembinaan Indonesia di Sentul  dan lain-lain lagi kutip pengalaman dalam kembara jalan-jalan cari makan versi Hishamudin Rais yang beliau abadikan dalam Tapai ini.

 

Tapai yang ditulis Hisham ini campur aduk gaul tentang makan dan juga kehidupan (asal bukan campuran tapai dengan aiskrim dalam makanan kerana mengikut kata Hisham, tapai dan aiskrim itu memang tak ada yang eloknya bila cuba disatukan).Antara warisan dan nostalgia dirinya sendiri selaku anak melayu suku Biduanda dari Jelebu Negeri sembilan yang hidup dengan tapai,lemang,petai,jering dan kerdas.Di satu sisi lagi manusia yang hidup dengan kebebasan mutlak dalam menentukan apa yang dia mahu untuk dirinya sendiri tanpa peduli khutbah moral dari sesiapa sahaja. Itik pangang Jalan Petaling, Buih-buih champagne di Changkat Bukit Bintang,Sake hilang sejuk badan di Kyoto.Kalau ada manusia yang hidup dengan motto “Makan dulu,Moral kemudian” mungkin Hisham antara orangnya. Kini soal besarnya buat para pembaca adalah : “Mahu cuba rasa?”

 

Erti Kemerdekaan Buat Diri-Kenang Ingat Mesra Buat Pejuang Yang Telah Sebenarnya Berjuang.

Ogos 27, 2017

Menyambut bulan kemerdekaan negara tidak boleh tidak akan datang patriotik melulu rasa cinta diri kepada negara ini. Ianya pada diri aku bukan sekadar untuk negara Malaysia ini semata sebenarnya. Bahkan kepada negara-negara di gugusan Melayu Nusantara ini. Baik Singapura,Indonesia dan Malaysia itu sendiri, semuanya meraikan hari kemerdekaan mereka pada bulan Ogos setiap tahun. Jadi bukan pelik untuk diri aku berkongsi semangat hari ulang tahun bagi negara-negara  jiran yang dulunya adalah jajah takluk  kepulauan nusantara melayu yang megah. Ianya juga buat diri ini adalah sedikit kenang-kenangan untuk gagasan Melayu Raya/Indonesia Raya yang pernah aku baca dan membuat sikap untuk menyokong perjuangannya di buku-buku sejarah yang pernah dibaca dahulu.

 

Kemerdekaan bagi aku ialah mengingati kembali jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan itu baik dari sisi kiri mahupun kanan perjuangan tuntutan kemerdekaan itu. Tuntutan kemerdekaan yang pertama kali dijeritkan semangatnya di tanah melayu oleh PKMM dibawah Ahmad Boestamam dan Musa ahmad di Ipoh,Perak (Negeri Perak juga melahirkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)  yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Ishak haji Muhamad yang merupakan gerakan politik melayu pertama di Tanah Melayu yang bicaranya adalah kepada kemerdekaan Tanah Melayu) sebelum UMNO wujud dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar dalam bahang menolak Malayan Union tajaan British yang kembali selepas perang dunia kedua. Antara balah-balah politik kiri dan kanan sudahnya British memilih untuk berbincang dengan UMNO yang kanan, masih ada tolak ansur dengan pihak British dan praktikal sikapnya jika mahu dibandingkan dengan golongan politik kiri yang menolak British sehabisnya dan terlalu kuat dipengaruhi oleh perjuangan Sukarno di Indonesia dan rapat berhubung dengan Parti Komunis Malaya yang diharamkan pada waktu itu.

 

Gerakan politik kiri Melayu dan perjuangan mengangkat senjata pihak Parti Komunis Malaysia (PKM) dari dalam hutan Malaya itu ada beza yang jelas. Antara pertembungan politik biasa golongan kiri dan perjuangan dengan cara mengangkat senjata pihak komunis. Pihak penjajah British memberi angapan mudah bahawa setiap penentangan dari golongan kiri itu pastintya akan dipengaruhi oleh agenda-agenda komunis. Samaada ianya dari pengaruh Sukarno di Indonesia ataupun pihak PKM itu sendiri. Jawapan pihak British kepada penentangan golongan politik kiri ialah Pengisytiharaan Darurat yang telah membungkus habis perjuangan progresif golongan politik kiri kepartian ke dalam kem-kem tahanan politik sementara pihak PKM bersembunyi di dalam hutan tebal Malaya untuk perjuangan bersenjata Ala-Guerilla mereka.

 

Yang seringkali tersisih dari kenang jasa perjuangan kemerdekaan negara ini rasanya adalah tokoh-tokoh sastera dan akhbar yang menjadi penyambung lidah kepada tuntutan kemerdekaan para pemimpin politik kepada rakyat marhaein yang merata di seluruh negara. Angkatan Sasterawan 1950 (Asas 50) adalah kesatuan sasterawan-sasterawan melayu yang menjadikan karya-karya sastera mereka sebagai suara perjuangan tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Utusan Melayu dan Warta Malaya pula menjadi akhbar penyambung lidah tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan golongan sastera dan akhbar sepatutnya diberikan tempat yang lebih baik dalam mengenang  kemerdekaan negara ini .

 

Utusan Melayu yang dipimpin oleh Yusuf Ishak (Presiden Melayu Pertama Singapura selepas dipecat dari Utusan Melayu yang dia sendiri bina dengan peluh dan air matanya untuk sebuah surat khabar melayu jati pertama di Singapura/Tanah Melayu) dan A.Samad Ismail adalah tokoh surat khabar penting yang menjadi penyambung lidah bicara tuntutan kemerdekaan yang paling digeruni oleh penjajah British di waktu itu. Abdul Rahim kajai, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako), Kamaluddin Muhamad (Keris Mas), Abdul Wahab Muhamad ( Awam-il Sarkam) dan Usman Awang adalah wartawan/sasterawan/ahli politik yang bernaung lindung di bawah bumbung Utusan Melayu yang dianggap sebagai sebuah institusi besar buat meniup semangat kebangsaan dan menyokong tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu. Sementara itu Akhbar Warta Malaya  yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Dato Onn Jaafar di Singapura turut sama melaungkan semboyan tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan tuntutan kemerdekaan di waktu itu memang  kuat bergantung kepada akhbar,wartawan dan sasterawan yang juga ambil peduli dengan nadi denyut rakyat ramai yang mahukan kemerdekaan buat Tanah Melayu dari penjajahan British.

 

Kemerdekaan sesuatu negara itu takkan bererti tanpa perlembagaan buat negara tersebut. Samaada cadangan Perlembagaan Federation yang disusun oleh kerjaaan kolonial British, Raja-Raja Melayu dan UMNO yang kemudiannya dipersetujui oleh pihak British ataupun Perlembagaan Rakyat yang dibawa oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All Malaya Council Of Joint Action (Putera-AMCJA) yang telah ditolak oleh penjajah British. Hasil dari pilihan Perlembagaan Federation itu dapat dilihat sampai ke hari ini dari segi hubungan antara kaum di antara warga negara. Dasar pecah perintah pihak kerajaan yang mewarisi dasar tersebut dari pihak penjajah British.

 

Bersurah panjang tentang hal-hal perjuangan kemerdekaan tanah melayu (belum lagi tentang gagasan Malaysia yang dulunya cukup kontroversi) setelah 60 tahun kemerdekaan bagai terasa seperti manusia yang tak hidup di zaman semasa. Di mana negara Malaysia ini sudah berjaya mengecap kemajuan mengikut acuan para pemimpinnya yang datang dan pergi. Dari negara berasasaskan pertanian kepada negara berasaskan industri sebelum melangkah mahu menuju ke arah negeri maju. Daripada sebuah negara berasaskan getah dan bijih timah.

 

Tetapi di satu sisi lain pula hal-hal sejarah perjuangan kemerdekaan itu dari segenap sisi perjuangan itu membentuk pendirian dan sikap diri yang dipegang kuat oleh diri ini. Mungkin sahaja kita akan mengecap potensi negara yang lebih baik seandainya gerakan politik kiri dan sastera yang progresif dapat menyumbang sama banyak dalam membangunkan negara ini selepas kemerdekaan negara ini dicapai. Bahawa negara ini mungkin sahaja mampu mengecap kemerdekaan yang lebih gemilang dan bermakna untuk kita ingati dalam hidup kita di dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

 

Jalan-jalanan sejarah pembentukan sebuah negara merdeka yang berliku dan dan banyak sisi pandangnya itu sudah ditempuh oleh yang terdahulu daripada kita. Kini kita adalah pewaris yang diamanahkan untuk meneruskan legasi bagi negara Malaysia tercinta ini. Memandang ke hadapan yang penuh dengan manis janji kemajuan dan kemodenan untuk negara ini , tidak manis rasanya tidak mengingat dan menghargai segala perit maung perjuangan orang-orang terdahulu yang menjadikan mungkin lahirnya negara bertuah yang kita diami ini. Kenang ingatan mesra buat mereka yang berjuang untuk kemerdekaan  Malaysia yang satu ini lebih awal dan payah daripada kita kini yang hitung kiranya tentang untung semata atas segala warisan yang ditinggalkan oleh mereka.

Ipoh kini bukan lagi sekadar mitos, filem Yasmin dan filem Mamat Khalid semata.

Januari 17, 2017

Tiket ETS KTM ke Ipoh itulah yang akan meraliasasikan impian perjalanan ke Ipoh yang memang sudah terlalu lama aku harap untuk tempuh perjalanannya.Dari KL Central menuju ke Ipoh yang penuh dengan mitos yang selama ini cuma aku dengar dari borak bedek teman, filem-filem Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid yang banyak mengabadikan Ipoh dalam filem-filem mereka.

Perjalanan ke Ipoh itu memang sudah lama aku rancangkan mahu menggunakan kereta api.Jimat kos jika mahu dibandingkan dengan perjalanan dengan kereta. Dapat banyak melihat kawasan-kawasan sepanjang perjalanan itu dengan menggunakan kereta api jika mahu dibandingkan dengan bas.Entahlah trip-trip perjalanan dengan kereta api itu bagaikan ada elemen romantis yang penuh mitos di dalamnya.

Perjalanan kereta api sambil melayan matahari lewat langit petang yang memang mudah bikin kita tenggelam dalam suram dan cantik dalam sekali borong suasananya.Di tempat duduk sebelah pula pakcik pesara kerajaan berborak bedek tentang hidupnya yang kini sudah santai-santaian sahaja geraknya di Ipoh.Jauh dari pusat pentadbiran hegemoni kerajaan persekutuan dan pusat hedoisme negara.

Tiba di Ipoh sudah agak lewat malam.Perkara pertama yang bikin takjub aku kepada bandar ini ialah station KTM Ipoh yang memang terasa seperti sebuah bangunan klasik yang hidup di zamannya yang tersendiri.Melalui bangunan Majlis Bandaran Ipoh, Mahkamah TInggi Ipoh dan kemudiannya menara jam J.W.W Birch hati sudah yakin yang bandar ini memang benar-benar mampu mengekalkan nilai-nilai klasiknya  yang punya nilainya yang tersendiri dalam bersaing dengan pembangunan yang makin menggila jika mahu dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

Menginap cuma di hotel badget kerana hotel adalah sekadar tempat letak bagasi dan hilang lelah tubuh sahaja.Kunjungan ke Ipoh ini harus diisi dengan aktiviti meneroka bandar ini.Dari tingkap bilik hotel bajet di tingkat tiga  kelihatan sungai kinta mengalir bersebalahan sebuah kuil cina.Bandar baru Ipoh yang dengan lampu neon yang meriah bersinar menanti untuk diteroka pada hari esoknya.Usai berehat sebentar keluar berjalan larut malam di bandar Ipoh berseorangan.Merentas Padang Ipoh dan Sekolah Menengah St.Michael yang Bernard Chauly abadikan dalam filemnya “Goodbye Boy”.Makan larut malam di gerai Miker di tepi padang Ipoh. Pulang semula ke hotel inap melalui bangunan-bangunan kedai lama yang ada di bandar Ipoh.Pada larut malam bangunan-bangunan itu timbul pula rasa seram melaluinya.

Bangun awal pagi Ahad untuk disapa oleh sang mentari yang mula memancarkan gemilang cahayanya di antara bukit-bukit yang terdapat di bandar Ipoh.Ianya pagi yang cantik untuk diabadikan memori dalam sesi eksperimen time lapse dari Ipad yang dibawa untuk mengabadikan detuik-detik yang sebegini indah.Dengan baju dari malam semalam terus sahaja menyarung sweater untuk menyinggah ke Pasar Pagi Ahad yang memang antara tempat yang mahu dikunjungi dalam trip ini.

Dari budget hotel berjalan kaki pada pagi hari menyusuri deretan kedai lama yang masih lagi beroperasi (kebanyakannya dijadikan kafe-kafe hipster yang menarik atur hiasnya)  sebelum menyeberang dan menyelusuri ke laluan pejalan kaki sepanjang Sungai Kinta sebelum kembali semula ke memasuki  kawasan deret-deret rumah kedai yang sudah dibina dengan cara binaan moden.Down memory lane sudah menanti dengan deretan peniaga yang memperagakan barangan-barangan klasik yang punya peminat mereka yang tersendiri.

Dalam lambakan barangan-barangan klasik vintaj yang diperagakan mata jadi rambang biar selama ini barang-barangan ini tidaklah berapa menarik minat diri ini.Selaku peminat buku aku menumpukan untuk mencari buku-buku langka yang mungkin terdapat di Pasar Pagi ini.Tidak banyak peniaga buku langka yang ada di sini namun masih juga aku berjaya mendapatkan beberapa buah buku lama yang menarik untuk dijadikan bacaan untuk diri ini.Turut diborong adalah beberapa keeping gambar klasik lama yang aku rasa cukup bernilai utnuk jadi kenang ingatan kepada diri ini.Membesar dengan Papa yang tebal minatnya kepada lagu-lagu klasik dari zaman 60an dan 70 an koleksi CD dan Piring Hitam yang dijual itu mengingat kembali zaman kanak-kanak ketika Papa menjaja muzik Pop Yeh-Yeh dan irama dangdut dari Indonesia kepada anak-anaknya.Bukan sesuatu yang aneh kini irama muzik asli melayu (Ahmad Jais itu lagenda besar bagi Papa) ,pop yeh-yeh dan dangdut dari zaman 60an dan 70 an itu antara muzik yang jadi siul nyanyi santai diri aku.Membeli beberapa buah CD lagu-lagu klasik lama untuk simpanan diri atau mungkin sahaja hadiah dari aku untuk Papa tanda terima kasih aku kerana memperkenalkan dunia muzik yang menarik zamannya untuk didengar kembali dalam santai retro suasana yang mudah dan manis untuk menghilangkan resah kacau diri dalam kehidupan semasa yang corong radionya tak putus dengan lagu cinta leleh melulu anak remaja yang tak ketentuan hala tuju dalam perhubungan.

Usai bersesak di Pasar Pagi Ipoh meminggir diri ke deretan kedai minum yang ada di kawasan pasar pagi itu. Ada mitos yang pernah dijaja oleh seorang teman sekerja kalau mahu minum Kopi terbaik adalah di kedai-kedai kopi cina.Biar aku ini peminum Teh O Ais nipis tegar tanpa kira malam ataupun siang tetapi idea untuk mencicip kopi ais di bandar kunjungan ini terasa ada logiknya.Menelefon teman sekerja untuk memintra rekomendasi bagi kedai kopi terbaik di kawasan ini.Syornya aku terima dan mencari kedai yang dicadangkan.Kedai minum kecil tetapi pengunjungnya sampai melimpah ke luar kedai.Itu tanda kedai minum yang bagus untuk dikunjungi.Memesan Kopi Ais Kow dan roti bakar disapu dengan kaya.Berkongsi meja merah kecil di luar kedai kopi tersebut.Mencicip kopi ais kow dan roti bakar kaya sambil tenggelam melihat karenah orang ramai di awal pagi itu.Dalam diam-diam tiga gelas kopi ais dicicip pagi itu.Teh O Ais nipis rutin diri ini jadi penamat kepada sesi minum pagi di kawasan Pasar Pagi Ipoh hari itu.

Kunjungan seterusnya adalah ke Muzium Yasmin.Yasmin Ahmad yang banyak memotretkan Ipoh dalam filem-filemnya (Sepet,MualafmTalent Tim).Selepas kepergiannya Muzium Yasmin didirikan oleh Melur adiknya bagi mengenang kerja (Filem dan Drama yang pernah diarahkan oleh Yasmin Ahmad).Tidak dapat dinafikan aku antara yang tertarik dengan kerja-kerja Yasmin.Dari Iklan sehingga ke filem.Antara sebab mahu berkunjung ke Ipoh pada mulanya adalah untuk melihat sendiri Ipoh yang banyak Yasmin jaja tempat-tempat menariknya didalam filemnya.Kunjungan ke Ipoh dan Muzium Yasmin Ahmad sedikit sebanyak bikin aku mahu menonton kembali filem-filem Yasmin yang memang jadi koleksi simpanan yang agak istimewa buat aku.

Petang harinya ke Padang Ipoh lagi.Padang besar di bawah bukit yang petang harinya meriah dengan aktiviti penduduk setempat.Bagai terasa ada bezanya Padang Ipoh jika dibandingkan dengan Dataran Merdeka dan Dataran Bandaraya Johor.Meriah aktiviti santai penduduk setempat dalam kelompok mereka tersendiri di petang hari minggu tanpa gangguan program rasmi kerajaan di Padang Ipoh.Menyinggah melepas lelah lewat petang sebelum pulang ke hotel dengan Rojak dan Cendol istimewa Padang Ipoh.

Malam harinya menjelajah lagi di bandar Ipoh.Ada sisi ghetto pada bandar Ipoh ini menjadikan ia lebih menarik tetapi di masa yang sama bikin bimbang kepada aku yang baru pertama kali di sini.Memasuki lorong-lorong gelap dan deretan kedai terpencil di bandar Ipoh memang perlu juga rasanya ada curiga pada orang-orang lalu lalang yang tingkahnya mencurigakan.Di antara anak muda melayu gelandangan di deretan kedai pada larut malam yang memandang persis sang pemangsa,kumpulan pemuda india yang riuh dalam minuman mabuk mereka dan mata-mata tajam orang berbangsa cina yang memerhati dari balik rumah-rumah merah/rumah sejuk mereka.Aku sekadar menumpang lalu laju di kawasan ghetto itu. Berharap takkan ada yang bikin yang bukan-bukan.

Pagi Akhir di Ipoh. Rancangan mahu ke Taman Rekreasi Gunung Lang hangus bila bangun lewat setelah penat seharian meronda di bandar Ipoh.Sebelum pulang wajib menyinggah isi perut dahulu di kedai makan Rahmath untuk nasi ganja Ipoh yang jadi sebut bibir orang luar.Nasi putih panas,ayam goreng panas ,kari,sambal dan Teh O Ais rutin dua gelas .Makanan minum yang rutin biasa sahaja.Tapi melantaknya berselera amat.

ETS KTM mula bergerak meninggalkan Bandar Ipoh menuju ke KL Central.Kenang-kenangan tiga hari di bandar Ipoh itu pada aku cukup manis bagi kunjungan pertama buat diri.Pasti akan ada lagi kunjungan ke Ipoh selepas ini.Bandar yang cukup kuat dengan bangunan-bangunan klasik lama yang masih elok dipelihara. Masih lagi hijau dengan pohonan-pohonan rendang yang meredupkan suasana.Masih belum lagi diancam hutan konkrit moden yang kadangkala bahang dan merimaskan. Kini Ipoh bukan lagi mitos yang didengar atau filem Yasmin dan Mamat Khalid semata.AKu juga telah membina ingatan kolektif yang indah dan manis buat diri sendiri tentang bandar Ipoh ini.

 

Mencari Semangat Dalam Semantik Kata.

Oktober 19, 2016

Dalam semantik kata.Kita temui diri kita sendiri.Diri yang penuh dengan sikap dan pendirian pemilik tubuh sendiri.Bukan diri yang terjaring dalam tingkah-tingkah birokrasi hegemoni.Di ruang semantik ini masih ada titik-titik kewarasan diri sendiri yang tersisa untuk kita teruskan kehidupan seharian dengan baki maruah dan kepercayaan yang harapnya takkan terpadam dalam kita memberi muka kepada hal kehidupan.

Hancur.

Ogos 14, 2016

Dalam parah luka dalam.Aku akan berjalan juga.Kini mati muda persis sahaja satu sumpahan kepada diri sendiri (Kata Hok Gie yang paling tersial adalah menanti tua.Kalau pun mati muda itu tiba nanti akan timbul pula balah-balah amal pahala dan dosa untuk hari hitung kira yang masih juga aku percaya.)

Hidup biar tidak secantik hidup masyarakat yang lainnya namun masih mahu diraikan apa sahaja yang menyinggah memberi  salam( Cantik buruknya sebuah kehidupan itu bergantung kepada yang melalui hidup itu sendiri.Bukan oleh masyrakat besar yang hidup dengan segala kepastian yang ada nilainya aku sangsikan.)

Dalam segala ketidakpastian dalam kehidupan aku tak pernah berharap kepada keajaiban yang diluar jangkaan.Cuma aku berharap apa yang aku usahakan tak diparah remukkan oleh masa hadapan.

Semakin pesimis.Menanri misteri hari depan iru boleh jadi sesuatu yang terlalu amat merisaukan diri. Tapi bila tiba juga masanya.Dengan kudrat yang tersisa pasti juga akan ku hadapi.

Polemik Sastera Indie?

Mei 23, 2016

Bual-bual waktu menebeng Teh O Ais di Pusat Hegemoni Negeri timbul isu polemik sastera indie/bebas (tengah berbahang Budi Hikayat kritik penerbitan indie waktu itu).Tak dapat dinafikan polemik dalam sastera indie ini meriah kerana rumah-rumah penerbitan akan menegekakkan pendirian mereka dalam buku-buku yang mereka terbitkan.Aku dalam satu sisi menyokong polemik yang dicetuskan kerana paling kurang ianya akan memberi peringatan kepada pengiat-pengiat sastera indie ini bahawa apa yang mereka terbitkan itu diperhatikan oleh masyarakat yang akan menilai karya-karya mereka.Samaada ianya bagus ataupun akan disampahkan. Tetapi di satu sisi lain pula yang mencetuskan polemik itu juga harus menilai diri sendiri.Apa yang telah mereka perbuat untuk sastera itu sendiri.Apa buku terbitan mereka yang mahu mereka taja bila berhadapan dengan penerbit-penerbit bebas ini.

Rindu Kuala Selangor.

Disember 19, 2015

Beku di Tanah Jajah Takluk Asal Diri buat aku rindu mahu pergi ke Kuala Selangor.Selain daripada Batang Kali (Tempatnya,Jalannya dan kenangan di tempat tersebut),Kuala Selangor juga antara tempat yang terbekas di hati aku bila kerap kali juga aku atas urusan rasmi di sana.Barangkali kerana kawasannya yang masih lagi santai mudah tanpa terlalu hiruk pikuk.Masih lagi ada kampung-kampung di dalam perjalanan (lalu jalan Ijok-Kuala Selangor yang boleh terus tembus ke perak). Petang-petang berjalan di puncak   Bukit Melawati yang penuh dengan sejarah kesultanan selangor ataupun boleh sahaja ke Pantai Jeram  ataupun jeti-jeti nelayan melihat nelayan dengan aktuivi mereka.Berlama-lama di kafe sederhana di bandar kecilnya dengan set sosial pejabat lama yang memang hubungannya mesra.Melayan tenang lautnya di waktu malam di atas kapal jabatan.  Sampai aku pernah ada simpan mahu hidup mudah-mudah sahaja di Kuala Selangor (tapi sudahnya dihantar pulang ke jajah takluk asal selatan aku).Ianya rindu kepada Kuala Selangor dan rakan-rakan mesra yang bikin kesan bukan sikit kepada aku dalam kehidupan ini.

P.S: Bagaikan jajah takluk asal ini tak betah untuk aku.

Tangang pun pulang ke Kumpul Tulis.

November 15, 2015

Patah balik.Mungkin sahaja kunjung lewat tahunan kepada Kumpul Tulis.Aku tak pernah melupakan tapak ini kerana ada sumpah taat setia untuk tapak tulisan ini (biar password kena reset balik sebab dah lama tidak dijenguk).Kini aku di tempat kerja baru.Sudah kembali ke jajah takluk asal aku.Yang anehnya aku boleh berasa kekok di jajah takluk asal sendiri.Barangkali aku boleh menulis tentang hal-hal di sini bagi isi masa lapang aku di sini.Sapu dulu sawang dan debu lama di Kumpul Tulis.Barangkali sahaja aku akan kembali.Menulis untuk diri sendiri (kerana kini blog bukan satu yang Pop pada masyarakat).Aku tegaskan dari dulu lagi, penulisan di sini adalah eskaspisme aku sendiri dari bosan dan mencekiknya dunia menguji.

P.S:Penyapu aku mana.

Sumpah Taat Setia.

November 30, 2014

Tak ke mana.Nampak seperti tak banyak berubah tapi hakikatnya dah banyak berubah,Sampai aku jadi takut kepada tulisan-tulisan lama yang seakan-akan menyumpah diri aku yang ada sekarang.Tapi itulah aku yang telah lepas berdepan dengan diri aku yang ada kini.Aku sampaikan salam dan berharap yang baik-baik untuk masa depan.Moga semua yang pernah aku pegang selaku percaya diri tak akan mati di tangan ini sendiri.Berpeganglah pada sumpah taat setia yang bersama-sama kita menempuh dan mengajar kita mengenal dunia.

P.S:Bukan yang terakhir aku harap.