Archive for Disember 2019

Pulang Di Hujung Dekad.

Disember 28, 2019

Aku pulang lagi ke laman ini yang memang sudah agak dilupakan. Mahu mencari bahan tulisan untuk zine yang aku mahu terbitkan sendiri bagi meraikan berakhirnya tahun ini.Juga dua puluh tahun sudah berlayar di abad ini.

Membaca tulisan lama diri. Ada pecah-pecah perasaan yang timbul. Antara menyumpah kebodohan lama dalam tergesa-gesa sikap muda diriĀ  dan tersenyum dengan segala menyala semangat zaman muda.

Barangkali aku akan menulis santai di sini. Di jajah takluk asal diri aku berasa jumud dan asing sungguh. Dunia tulisan ini pernah menyelamatkan aku dahulu dalam huru hara hidup anak muda di pusat hegemoni kerajaan persekutuan/hedoisme laisez faire wilayah liberal negara. Aku berharap dengan menulis aku akan lebih menyesuaikan diri dengan angin dan ragam di jajah takluk asal.

Demam wordpress sudah berakhir. Itu pada aku satu penanda yang baik.Menulis untuk diri sendiri di ruang yang agak peribadi boleh menghalau semua hantu dan sakit kepala yang ada pada diri.

Terima kasih kerana tidak mati WordPress. Aku meski selalu terlupa.Bila sampai tampar wahyu akan kembali juga.