Menaiki kereta yang dipandu oleh aku bila berjalan jauh jangganlah terlalu berharap untuk memasuki lebuhraya untuk perjalanan yang lebih cepat tibanya ke destinasi tujuan utama.Aku rasanya lebih seronok memandu santai perlahan di jalan-jalan biasa untuk melihat pekan dan desa yang akan ku lewati dalam perjalanan ke destinasi tujuan.Berhenti di kedai-kedai kecil di pekan terpinggir untuk minum-minum sebentar sebelum sambung lagi perjalanan yang masih jauh jaraknya.Berhenti seketika di tepi pantai ataupun bendang sawah padi yang indah pemandangannya memang tak pernah mahu bosan ku ambil gambarnya.Mula memandu di awal-awal pagi sebelum matahari terbit dan kalau boleh tiba ke destinasi yang agak jauh menjelang terbenam matahari petang (Kerana waktu matahari terbit dan terbenam itu cukup indah pemandangannya).Kalau perlu bermalam di pekan-pekan kecil dalam pemanduan cari sahaja hotel-hotel yang berdekatan.Boleh dijelajah lagi pekan tersebut.Jarang benar aku mahu memandu di waktu malam kecuali aku sudah cukup biasa dengan jalan yang akan aku lalui.
P.S:Berjalan melihat tempat orang.