November 12, 2011
Calon yang pada mulanya mahu menjadi ahli baru dalam set sosial kami tapi bila dia sudah pulang ke jajah takluk asalnya dan set sosial pula turun menebeng di kedai mamak rutin bicara yang buat tambah gelas minuman kami malam itu betapa tidak cocoknya calon baru itu untuk memasuki bulatan kecil set sosial ini.Nampak sangat yang set sosial yang sudah sedia ada sekarang sudah menemui keserasian antara satu sama lain tanpa memerlukan ahli baru untuk dimasukkan dalam set sosial ini.
P.S:Aku cukup selesa sudah dengan set sosial yang sedia ada ini.
Dikirim dalam Basah di bibir., Budaya, Kunjung Ronda | Leave a Comment »
November 12, 2011
Menaiki kereta yang dipandu oleh aku bila berjalan jauh jangganlah terlalu berharap untuk memasuki lebuhraya untuk perjalanan yang lebih cepat tibanya ke destinasi tujuan utama.Aku rasanya lebih seronok memandu santai perlahan di jalan-jalan biasa untuk melihat pekan dan desa yang akan ku lewati dalam perjalanan ke destinasi tujuan.Berhenti di kedai-kedai kecil di pekan terpinggir untuk minum-minum sebentar sebelum sambung lagi perjalanan yang masih jauh jaraknya.Berhenti seketika di tepi pantai ataupun bendang sawah padi yang indah pemandangannya memang tak pernah mahu bosan ku ambil gambarnya.Mula memandu di awal-awal pagi sebelum matahari terbit dan kalau boleh tiba ke destinasi yang agak jauh menjelang terbenam matahari petang (Kerana waktu matahari terbit dan terbenam itu cukup indah pemandangannya).Kalau perlu bermalam di pekan-pekan kecil dalam pemanduan cari sahaja hotel-hotel yang berdekatan.Boleh dijelajah lagi pekan tersebut.Jarang benar aku mahu memandu di waktu malam kecuali aku sudah cukup biasa dengan jalan yang akan aku lalui.
P.S:Berjalan melihat tempat orang.
Dikirim dalam Kunjung Ronda, Masih Hidup! | Leave a Comment »
September 30, 2011
“Never date a writer… She’ll write about things you have done to her or things you never did for her.” Alex Stephens
Dikirim dalam puaka, Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Julai 15, 2011
Pintu monorail terbuka di hentian Bukit Bintang.Anak muda cina itu masuk selamba ke dalam monorail bersama seorang temannya yang lebih nampak jelas risaunya.Dengan muka yang jelas kelihatan lebam bengkaknya.Bibir yang masih sedikit berdarah.Ada luka-luka dan darah di siku tanggannya.Baju yang sedikit terkoyak di bahagian belakang.Masih juga dia mampu ketawa-ketawa kecil sambil menyapu-nyapu luka di siku tanggannya dengan baju yang diberikan oleh temannya.Beberapa pemuda melayu mula menghampirinya.Menepuk bahunya mesra bagai sudah lama bersahabat baik.Anak muda cina itu mula bersurah tentang campur aduk pengalamannya sepanjang hari itu dengan bersemangat bagai segala luka dan sakit itu tak memberi bekas buat dirinya.Ketawa makin besar memenuh ruang monorail.Biar tak turut serta sama sekali dalam bual surah perjalanan anak muda cina itu aku masih boleh tersenyum kecil dengan anak muda yang ini yang langsung tak ada sesal atas segala apa yang terjadi kepada dirinya hari itu.Malah luka dan sakit itu aku pasti akan jadi kenang-kenangan manis buat dirinya di masa depan untuk disampaikan kisahnya kepada anak masa depan yang mahu tahu apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada petang Sabtu itu.
P.S:Sabtu yang pasti akan dikenang.
Dikirim dalam Basah di bibir., Kunjung Ronda, Masih Hidup!, Merdeka., Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Julai 15, 2011
Hai ribut pendamai selamatkan kami,Agar ribut tak ke sini,Hai ribut pendamai selamatkan kami,Ribut tak melanda lagi.
Dikirim dalam Basah di bibir., Budaya, Masih Hidup!, Merdeka., Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Jun 27, 2011
Jaga diri baik-baik.Dua minggu yang berbahang.Musim darurat sudah tiba.Momok-momok zaman darurat dicanangkan.Ancaman sudah saban hari diteriakkan.Tapi kalau memang sudah dasar anak muda yang membesar dari generasi bahang memang dilatih untuk jadi keras kepala.Datanglah apa sahaja menduga.Kalau sudah pasti keputusan.Tak ada kata tunggu dulu.Tak ada kata bincang sebentar.Tidak begitu :b
P.S:Dah ada baju.
Dikirim dalam Basah di bibir., Budaya, Kunjung Ronda, Masih Hidup!, Merdeka., Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Jun 20, 2011
Tuhan bagi kita dua mata untuk memandang,Dua kaki untuk berjalan di bumi,Dua tanggan untuk mengenggam tapi cuma satu hati.Tuhan mahu kita mencari hati yang satu lagi untuk disatukan antara dua manusia yang akan saling sama berkongsi dua hati.
P.S:Dalam jalan mencari hati.
Dikirim dalam Basah di bibir. | 2 Komen »
Mei 22, 2011
Jadilah manusia tahan uji dengan dugaan hidup yang menduga tatkala kini.Dari dulu mahu mengelak diri dari jadi stererotaip anak melayu DEB yang merengek minta bantu dari subsidi.Generasi muda penuh bangga yang membesar waktu tuntutan pencerahan dan reformasi disambut dengan genggam tanggan rapat dan jerit semangat lantang diri kedengaran sampai ke langgit tinggi.Perit dan payah itu seharusnya sudah jadi mangli buat diri.
P.S:Tabahlah dengan dugaan tatkala ini.Jadilah manusia yang punya tahan uji.
Dikirim dalam Basah di bibir., Masih Hidup!, Merdeka., puaka, ROJAK CAMPUR ISI!!!, Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Mei 11, 2011
Bukan aku mahu jadi manusia sinis.Tapi pada aku Universiti/Kolej swasta yang begitu beria sungguh menjaja program mereka kepada para lepasan SPM yang baru keluar keputusannya di radio/tv/Surat Khabar ini boleh dikatakan sampah belaka.Pada mereka persetan masa depan dan cita-cita menggunung suci murni anak muda ini.Asal sahaja tebal duit akan masuk untuk kolej/universiti mereka sepanjang tempoh anak-anak muda ini berada di kolej mereka.Lebih parah lagi seandainya anak-anak muda yang punya murni hasrat untuk mendapatkan pelajaran lanjutan mereka yang baik kemudiannya akan terbeban pula dengan hutang PTPTN/Mara di masa hadapan mereka kerana pelajaran lanjutan (kini bagai tempoh pelajaran wajib pula dalam negara ini.Cuma ianya lebih mahal harganya tentunya) yang kadangkala isinya tidaklah terlalu dipraktikkan di dalam kehidupan sebenar.Lebih kepada sekeping sijil sahaja (itupun beruntung kalau tamat pengajiannya.kalau terhenti di tengah jalan tentulah lagi banyak sumpah seranahnya).Lepasan SPM pada aku kalau bersungguh mahu menyambung pelajaran mereka harus terlebih dahulu membuat penilaian terperinci tentang bidang apa yang dimahu dalam hidup depan mereka.Juga tentunya tentang kualiti Insitusi Pembelajaran yang akan jadi tempat menimba ilmu untuk beberapa tahun lagi.Di universiti/kolej inilah masa depan digadaikan.Samaada ianya berjaya untuk digilapkan dengan baik ataupun sekadar untuk memberikan tebal duit kepada Universiti/Kolej ini atas nama pelajaran untuk masa depan.
P.S:Aku sinis sahaja dengan program mereka.
Dikirim dalam Basah di bibir., puaka, Yang Haram!!! | Leave a Comment »
Mei 11, 2011
Ianya sudahnya menjadi sesi perang parodi buat aku,dia dan pasangan yang dibawanya bersama malam soiree itu.Set sosial puaka dunia yang sudah masak dengan lagu-lagu perang untuk sesi perang parodi itu malah tambah galak menambah minyak dalam bahang suasana soiree kami malam itu.Yang perlu aku lakukan kini hanyalah menyalakan api marak meninggi amat untuk membakar hanggus rentung hidup-hidup pasangan dua sejoli ini yang mahu membakar hatiku dengan lagak mesra mereka di hadapan aku pada malam soiree itu.Riak kelat di wajah dia dan pasangannya dalam tiap baris lagu perang parodi yang memang ditujukan untuk menusuk tajam ke hati kepada mereka buat aku tambah galak dengan ketawa meriah tanpa selindung rasa di soiree itu.Tak mahu melayan sinis aku dengan lagu-lagu perang parodi pasangan ini sudahnnya mengundur diri awal dari soiree meriah kami malam itu.Tanpa jabat tangan mesra denganku.Pulang dengan hati sebal amat dijadikan mangsa serangan peribadi tak ada hujungnya dalam perang lagu parodi sebuah soiree meriah lupa diri (tapi yakin masih di dalam waras dan sedar) set sosial puaka dunia.
P.S:Soiree lupa diri set sosial
Dikirim dalam Budaya, puaka | Leave a Comment »